Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[FOTO] “Keep It Up Ajak! Diorang Berdua Dah Nak Bercakaran Atas Stage” – Cara Ajak Shiro Selamatkan Keadaan Dipuji!

0 42

ABPBH yang ke-31 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Oktober 2018. Pengacara utama majlis tersebut disandang oleh gabungan meletop dari Ajak Shiro, Zara Zya serta Janna Nick. Mereka bertiga pandai berceloteh di atas pentas untuk memeriahkan lagi majlis itu.

Pemenang-pemenang turut rasa gembira dan bersyukur dengan apa yang mereka peroleh di ABPBH 31!

BACA : [VIDEO] “Kalau Bercakap Laju Macam Bapak Dia” – Comel Baem Ajuk Reaksi Muka Abangnya Marah!

Terbaru, menerusi gambar Instagram milik Ajak, beliau tampil dengan pemakaian yang segak. Di kapsyennya, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua lagi pengacara yang turut bersamanya, Zara dan Janna.

Host korang best!

Namun, beberapa netizen dan peminat Ajak mengagumi cara beliau menjadi seorang pengacara majlis itu. Malah, beliau juga telah menyelamatkan satu situasi yang tidak terduga apabila Ogy, Fauziah Ahmad Daud, secara tidak langsung ingin mengumumkan nama pemenang terlebih dahulu.

Tetapi dengan pantas Ajak “berlari anak” dan telah menegurnya dengan cara beliau tersendiri!

Tambahan pula, Ajak juga terlepas cakap bahawa Ogy tidak turut serta datang ke Rehearsal majlis itu. Rata-rata netizen terhibur sekaligus memuji cara Ajak menegur Ogy itu.

Siap la hang ajak.. Kak Ogy nak hantar peguam tu.. hahaha

Nasib ada hampa selamatkan keadaan..

Bukan nak back up Ajak.. tapi kalau Ajak tak lari and tak jerit tadi mungkin..

Apa-apa pun, tahniah ya!

Sumber : ajakshiro

 

Comments
Loading...