Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Kalau Kahwin 4 Lagi Best.. 2 Sebelah.. Suami Jadi Pengadil..” – Laki Bini Terus Main Bola Tampar Lepas Nikah?

0 107

Gadis-gadis mana yang tidak mahu berada di alam perkahwinan bukan? Mana tidaknya, keindahan ketika nak bernikah dan sanding itu yang buat semua gadis remaja menunggu dengan sabarnya. Namun, menerusi video di laman Instagram, sepasang suami isteri selepas bernikah sanggup bermain bola tampar.

Keadaan sebegini sudah pasti membuatkan netizen berasa kagum, teruja atau pelik dengan pasangan ini.

BACA : [FOTO] “Dia Punya Excited Sampai Semua Gambar Yang Sama” – Netizen Nak Zizan Masuk Minang Cepat Sebab…

Menerusi video, kelihatan pasangan viral itu masih lagi memakai busana pengantin berwarna putih sambil bermain bola tampar di gelanggang. Adakah itu impian mereka sebelum bernikah lagi?

Dalam video berdurasi 16 saat itu, sekiranya mereka bermain bola tampar tersebut untuk sesi penggambaran, sudah pasti ada seorang jurugambar turut bersama di gelanggang itu. Namun, hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu.

Rata-rata netizen memberi respon positif dan juga negatif pada video itu.

Bolehla nanti kita try..

Keno cari tok laki hok reti main volleyball jugok la gini haha

Wow partner main volley gak? Aku nak gak sorang camtu..

Takde maknanya nak lepak2 gini…

Walaupun orang sibuk kecam tetapi yang penting sekali hati kita kena bahagia bukan?

Sumber : lawak.hangit

 

 

 

Comments
Loading...