Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Kalau Bercakap Laju Macam Bapak Dia” – Comel Baem Ajuk Reaksi Muka Abangnya Marah!

0 9

Kanak-kanak yang masih kecil dan perlu lebih bimbingan itu sudah pasti mahukan perhatian yang lebih dari ibu bapa mereka sendiri bukan? Mana tidaknya, menerusi video Instagram sebelum ini, kanak-kanak seperti Ibraheem Adham atau nama timangannya Baem itu juga mahu perhatian dari abah, Dato’ Aliff, dan ibunya, Datin Shahida.

Malah, Baem juga seorang yang petah bercakap!

BACA : [FOTO] “Saya Sedih Sebab Kena Share Big Boss Dengan Perempuan Lain” – Jasmin Hamid Kongsi Perasaan Naluri Seorang Ibu Jadi Perhatian!

Terbaru, menerusi video Instagramnya kini, Baem telah dirakam kerana mengajuk cara abangnya senyum dan marah itu. Dalam video itu juga, Baem hanya ingin berkongsi rasa makanan bersama abangnya, Ammar Ahyan.

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak apabila ingin merebut sesuatu yang diinginkannya. Lebih-lebih lagi, dalam video tersebut, Baem meluahkan perasaan kepada mamanya, Datin Shahidah, bahawa jika abangnya tidak mahu berkongsi nanti abangnya akan membuat pelbagai aksi muka terhadapnya.

Tambahan pula, rata-rata netizen telah memuji kecomelan reaksi Baem mengajuk cara abangnya senyum dan marah. Malah, mereka telah mendengar kepetahannya bercakap turut sama seperti abahnya itu!

Kalau bercakap laju macam bapak dia

Muka dia, cakap dia sama macam Dato’ Aliff

Seksi bibir dia

Dah ade adik kecik pun Baem still ada aura2 adik tu lagi kan..

Sumber : baem_adham

Comments
Loading...