Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Idea Yang Bijak…” – Nenek ‘Rare’ Pakai Touch ‘n Go Pemukul Lalat Jadi Perhatian Ramai

0 59

Mentaliti kini berubah mengikut peredaran zaman, tidak ada lagi istilah ‘susah selama-lamanya’ kerana era teknologi dan IQ minda manusia sekarang boleh mencipta sesuatu yang boleh pergi jauh tanpa bantuan dari kilang mahupun menunggu orang lain mencipta produk baru terlebih dahulu. Mana tidaknya, menerusi video yang tular di Instagram, seorang nenek telah menjadikan pemukul lalat sebagai satu alat yang memudahkannya semasa melepasi tol di lebuh raya.

BACA : “Kesian Laddybos Kena Berendam Dalam Air…” –  Kesungguhan Nina Iskandar Berlakon Raih Perhatian Netizen

Nenek comelnya…

Melalui video tersebut, si nenek telah melekatkan kad Touch ‘n Go pada alat pemukul lalat yang berbentuk tangan. Kelihatan suasana dalam kereta menjadi ceria apabila si cucu merakamkan neneknya kerana kreativiti memakai pemukul lalat sebagai alat bantuan untuk menyentuh kad di mesin Touch ‘n Go.

Reaksi selamba dan bersahaja nenek itu juga membuatkan si cucu menjadi geli hati, begitu juga dengan mereka yang menonton video tersebut.

Kebanyakkan netizen memberikan pujian kerana idea bernas nenek itu. Ada juga yang mengatakan nenek berkenaan meniru idea dari buku lawak kampus.

Tak perlu dah nak tanggal seat belt…

Rare kan style ni..

Idea yang bijak

Ni mesti kes baca buku lawak kampus

Sumber : klip.viral

Comments
Loading...