Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[VIDEO] “Best Dapat Geng Giler Macam Ni Haha…” – Kawan Zulin ‘Merajuk’ Sampai Sanggup Nyanyi Kuat-Kuat Dalam Toilet!

0 10

Siapa yang tidak mahu ada kawan yang “boleh masuk air” bukan? Mana tidaknya, kawan-kawan yang berperangai “gila-gila” ini mampu menghiburkan hati sendiri jika bersedih mahupun kecewa atas sebab tertentu.

Sama seperti Zulin Aziz, seorang penyanyi yang begitu lunak suaranya itu sebelum ini pernah dikecewakan namun menerusi video di laman Instagramnya, beliau beruntung mempunyai seorang kawan yang mampu buat Zulin terhibur!

BACA : [FOTO] “Hubungan Kami Gagal, Jodoh Tak Panjang” –  Zulin Aziz Kongsi Luahan Hatinya Buat Netizen Turut Sebak!

Kenapa kita masuk dalam toilet ni…

Dalam video tersebut, Kawan Zulin sedang menyanyi sambil memegang ubat gigi. Alunan suara kawan Zulin itu mengikut rentak dan mimik muka persis Ziana Zain, penyanyi senior tanah air di Malaysia ini. Namun, ada juga berpendapat itu adalah suara Zulin atau hanya melakukan miming sahaja.

Menerusi kapsyen Zulin, kawan beliau ingin mengajaknya ke karaoke tetapi Zulin bawa kawannya itu masuk dalam toilet.

Ceritanya dia ajak aku karaoke, aku bawak dia masuk toilet hahaha

Rata-rata netizen terhibur bila kawan Zulin ini menyanyi dalam toilet sambil pegang ubat gigi itu.

Dengan mulut2 aku sekali senget tengok video ni

Best dapat geng giler macam ni hahaha

Feedback pakai Colgate tu?

Jangan terpicit…keluar kat muka sudah

Macam Ziana Zain la…

Hargai masa bersama kawan-kawan kita sewaktu susah dan senang, baru boleh kita enjoy!

Sumber : zulinaziz

Comments
Loading...