Viral

[VIDEO] Baling Ulat Ke Isteri, Suami Dapat Karma Cash Dibalas Dengan Katak

[VIDEO] Baling Ulat Ke Isteri, Suami Dapat Karma Cash Dibalas Dengan Katak
Rasaflix

Sharing is caring!

Beberapa hari lepas, tular video seorang suami yang membaling ulat hingga terkena pada bahagian tangan isterinya. Akibat daripada perbuatan itu, wanita berkenaan menangis teresak-esak ketakutan kerana fobia terhadap binatang kecil tersebut.

BACA: Ustaz Kuatkan Diri, Sebak Uruskan Jasad Budak Dibaling Atuk Tiri Dari Tingkat 4

Terjumpa katak dalam kereta pada hari dia mengusik isteri dengan baling ulat…menjerit takut

Melalui perkongsian video lain di Instagram, Encik Mizi menjerit ketakutan di dalam kereta apabila mendapati ada seekor katak berada di bawah kakinya. Dalam suasana kecoh, tanpa melengahkan masa dia yang seakan-akan kegelian terus meluru keluar dari kenderaan tersebut.

Kutip katak yang dah kering dalam kereta…isteri lancar misi balas balik perbuatan suami

Dalam sebuah lagi video yang dikongsikan pula, mereka berdua berada di dalam rumah dan siapa sangka isterinya seakan-akan hendak melancarkan misi yang tersembunyi. Setelah menyuruh suaminya menutup mata, Puan Hajar meletakkan katak yang telah diambil dalam kereta ke atas kedua tangan Encik Mizi sekali gus menyebabkan dia terbangun serta membaling katak tersebut.


Siapa suruh suka kenakan orang…terbalas sudah cita-cita isteri nak balas balik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu Encik Mizi yang takutkan katak. Ujar mereka, perbuatan yang dilakukannya terhadap Puan Hajar tempoh hari telah terbalas dan secara keseluruhan, video itu telah mendapat lebih 48 ribu jumlah tontonan.

[VIDEO] Baling Ulat Ke Isteri, Suami Dapat Karma Cash Dibalas Dengan Katak

[VIDEO] Baling Ulat Ke Isteri, Suami Dapat Karma Cash Dibalas Dengan Katak

[VIDEO] Baling Ulat Ke Isteri, Suami Dapat Karma Cash Dibalas Dengan Katak


Sumber: mizisaaq

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


[VIDEO] Baling Ulat Ke Isteri, Suami Dapat Karma Cash Dibalas Dengan Katak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Welcome to Erin Sakura

Install
×