Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Ujian Kerana Allah Sayang”.. 4 Hari Telinga Kanan Ustaz Ebit Lew Tak Dengar Langsung..

0 8

Kebelakangan ini nama penceramah bebas Ustaz Ebit Lew makin dikenali ramai. Kesantunannya berdakwah ke segenap lapisan masyarakat termasuk golongan mak nyah dan transgender amat dikagumi. Nama Ustaz Ebit Lew makin dikenali setelah muncul dalam video dakwah secara langsung bersama jutawan D’Herb, Dato Aliff Syukri, Datin Shahida serta Sajat. Walau bagaimanapun, baru-baru ini netizen dikejutkan pula dengan berita Ustaz Ebit Lew kini hanya boleh mendengar dengan sebelah telinga! Beliau telah memuat naik sekeping gambar beliau terbaring di hospital.

 

Masalah Saraf

Dalam kapsyen Instagram sebelum ini, beliau memberitahu kemungkinan besar telinganya mengalami masalah berkaitan saraf. Keadaan ini menyebabkan beliau tiba-tiba hilang kestabilan serta tidak mampu mengagak kekuatan suaranya ketika berceramah.

Telinga Kanan Tak Dengar

Walaupun dalam keadaan tidak sihat, ustaz ebit masih gigih cuba menyampaikan ceramah di kementerian kesihatan. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan menyebabkan beliau dibawa ke hospital. Dikatakan sudah 4 hari telinga kirinya tidak dapat mendengar!

Sayangi dan Ampunilah Kami Semua…

Dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, Ustaz Ebit masih mengingati dan mendoakan saudara-saudara mangsa Tsunami di Palu Sulawesi.

Pohon Doa Semua Yer…

Dalam kapsyen laman sosialnya, Ustaz Ebit sempat memohon doa serta kemaafan terutama kepada pengajur ceramah yang sepatut dihadirinya. Beliau bakal menerima rawatan susulan selama 3 hari di hospital.

Terima Kaseh Ya Allah…

Sumber: Ebit Lew

Comments
Loading...