Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Tu Bukan Main Bola, Tu Bergimnastik Kat Situ…” – Johan Main Bola Sampai Tergolek Dua Kali Bikin Netizen Terhibur

0 24

Adat permainan bola sepak sudah pasti ada peraturan yang perlu para pemain ikut. Kalah atau menang itu bergantung pada nasib untuk sebuah kumpulan tersebut. Malah, setiap permainan sukan juga akan ada seorang pengadil yang boleh mengadili dalam mana-mana pertandingan sukan. Begitu juga, menerusi video di Instagram, seorang pengadil telah memberi kad kuning kepada Johan, pelawak, kerana beliau dilihat seperti sengaja menggolekkan badannya.

BACA : “Tak Sia-Sia I Follow U” – Netizen Teruja Dengar Tips Terbaik Farah Lee Tegur Anak

Saya agak tak berpuas hati la dengan….

Melalui video tersebut, Johan mengatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan seorang pengadil perempuan kerana memberi tanda amaran kad kuning. Malah, sambil Johan membuat gurauan acah-acah marahnya itu, beliau sempat lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengadil. Sekaligus, tidak ketinggalan juga pengadil tersebut mengajak beliau bermain bowling bersama.

Tambahan pula, jumlah penonton yang melihat video itu adalah sebanyak 57,285 views setakat ini. Rata-rata netizen juga turut terhibur dengan aksi Johan berlakon tergolek 2 kali di padang bola itu.

Boleh pula lambung dua kali…

Berlakon teghok sangat

Tu bukan main bola, tu bergimnastik kat situ…

Sumber : era.je

 

 

Comments
Loading...