Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“That Is So Painful To Watch” – Akibat Kemarau, Budak ‘Merempat’ Cari Air Jadi Perhatian

0 16

Badan manusia memerlukan air yang secukupnya untuk terus hidup. Mana tidaknya, sumber air itu yang membuatkan badan manusia kembali segar bertenaga. Air juga yang membuang toksin dalam badan anda untuk kekalkan kesihatan yang cukup. Namun, baru-baru ini seorang pendidik yang bernama Izzuddin telah memuat naik gambar di Twitter. Dalam gambar tersebut, ada beberapa jumlah murid atau kanak-kanak sedang memerlukan air pada ketika itu. Mereka kelihatan sedang membasuh pinggan dan cawan.

BACA : “Nangis Lah Kau Sorang2” – Gadis Menagih Cinta Lama Tapi Di Tolak “Hidup-Hidup”

Menerusi kapsyen status di Twitter-nya, beliau menerangkan bahawa suasana di Sekolah Kebangsaan Long Palai, Sarawak, itu sudah menjadi lumrah. Lebih-lebih lagi, penduduk disitu sudah terbiasa apabila tiba musim kemarau sehinggakan kebanyakkan mereka hanya bergantung kepada air hujan sahaja.

Kami bergantung kepada air hujan sepenuhnya…

Menerusi gambar diatas, seorang kanak-kanak perempuan sedang membasuh pinggannya dengan hanya menggunakan air botol yang sedia ada. Rata-rata respon netizen turut bersimpati apabila melihat anak-anak ini terdesak memerlukan air untuk keperluan harian mereka.

Dah 61 tahun merdeka, ini ke nasib anak2 ini?

I feel bad for the kids…

Pada awal usia sudah berhadapan kesusahan hidup….

Sumber : k_izzuddin

 

Comments
Loading...