Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Respect Untuk Adik Nie…” – Adik Kaki Tempang Bertanding Main Lumba Lari Jadi Perhatian Ramai

0 24

Kebanyakkan netizen sudah tahu akan perkara dan ciri-ciri keistimewaan yang ada pada orang kurang upaya atau lebih sopan lagi dikenali sebagai orang istimewa. Golongan istimewa ini selalunya akan mendapat tempat khas untuk mereka bagi memudahkan pergerakkan ketika berada dimana-mana sahaja.

Semua masyarakat di dunia ini sudah semestinya telah menanam azam sejak dari kecil lagi kerana ingin mencapai hasrat yang terpendam bagi merealisasikan impian mereka. Begitu juga dengan hasrat si cilik ini menerusi video di Instagram, dia kelihatan seperti ingin menggapai cita-citanya walaupun berada dalam kategori istimewa.

BACA : “Apabila Kaum Wanita Dijagung Jaggungkan..” – Sebab Scammer ‘S*ngap’, Gadis Ini Terpaksa Buka Cerita Sampai Netizen Jadi Resah

Menerusi suasana di video itu, kelihatan seperti pertandingan lumba lari bagi kanak-kanak perempuan. Dalam video itu, terdapat hanya seorang kanak-kanak istimewa sahaja yang berkaki tempang telah memasuki acara lumba lari tersebut.

Tambahan pula, budak istimewa tersebut telah berlari sambil memegang tongkat itu telah membuatkan penonton turut berasa kagum dengan kesungguhannya. Para penonton disitu sepertinya memberikan tepukan gemuruh bagi memberi semangat yang lebih untuk budak istimewa itu sampai ke garisan penamat.

Melihat kesungguhan budak istimewa itu telah membuatkan para netizen turut berasa sebak serta kagum dengan kegigihannya.

Tiba2 mata masuk habuk

She already a winner

Kita bangkit dan selindungkan kekurangan itu…

Semangat anda mengatasi segalanya….

Sumber : lawak.hangit

Comments
Loading...