Cinta & Perhubungan Inspirasi

Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan

Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan
Rasaflix

Sharing is caring!

Sama ada sudah lama atau baru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, setiap suami isteri pastinya mengimpikan keindahan dan kesempurnaan dalam rumah tangga kan? Namun hakikatnya terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari terutamanya dalam aspek memahami hati masing-masing.

BACA: [VIDEO] Kenal Tak Sampai Sebulan, Terus Datang Jumpa Family Nak Ajak Kahwin


Bukan sekadar berkongsi harta…ada up & down dalam perhubungan…tak semua lelaki faham kemahuan wanita

Menurut pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin ini, melayari bahtera perkahwinan bukan hanya untuk berkongsi harta atau rumah semata-mata. Akan tetapi, skopnya lebih luas termasuklah cara kita meluahkan segala masalah dan cerita kepada partner masing-masing. Naik turun sesebuah ikatan perhubungan itu adalah lumrah dalam perkahwinan kerana tak semuanya akan jadi indah belaka. Sebagai contoh golongan wanita kena faham bahawa para suami ada kalanya susah untuk faham kehendak isteri melainkan kalau diberi penjelasan yang lebih tepat.

Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan

Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan
Gambar Sekadar Hiasan

Give & take untuk kekal lama…sedar kewajipan masing-masing & elakkan ego dalam perhubungan

Jelasnya lagi, suami isteri perlu perbanyakkan sikap tolak ansur dan kerap bertoleransi bagi memastikan usia perkahwinan berkekalan. Justeru, tak perlu persoalkan siapa yang lebih hebat kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Selain itu, sikap ego adalah perkara ‘wajib’ yang perlu dielakkan dalam relationship. Dalam pada itu, Firdaus turut menegaskan bahawa perkahwinan hanyalah untuk mereka yang sudah bersedia jalankan tanggungjawab. Sekiranya tak mampu dipikul, sikap sebegitu mungkin boleh mengundang perpisahan.


Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan

Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Firdaus Shakirin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Perkahwinan Bukanlah Setakat Berkongsi Harta, Tetapi Berkongsi Hati & Perasaan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram