Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Patut Tersingkir, Lirik Pun Tak Hafal..”- Komen ‘Padu’ Netizen Bila Aliff Syukri Nak Beri Peluang Elite Kembali Beraksi

0 1,363

Konsert Gegar Vaganza yang berlangsung pada malam semalam telah menjadi isu hangat buat kumpulan Elite. Penyanyi kumpulan Elit yang terdiri daripada Azza, Sasha dan Linda telahpun dendangkan lagu Ku Bahagia oleh Melly Goeslaw semalam namun telah tersingkir.

BACA : [FOTO] Vivy Yusuf Tayang Anak Baru Tapi Bertaruh Nak Anak Lagi Curi Perhatian Ramai

Terbaru pula, melalui Instagram Dato’ Aliff Syukri yang juga merupakan penaja utama dalam rancangan tersebut telah memuat naik video bersama kumpulan Elite tersebut yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi Instagram, Dato’ Aliff Syukri bersama kumpulan Elite dan seolah-olah ingin memberi peluang kepada kumpulan tersebut dan meluahkan pendapat mereka. Linda Rafar dalam video tersebut mengatakan bahawa jika tiada kumpulan Elite maka Auditorium Gegar Vaganza akan ditutup.

Namun, peluang itu turut ditanya oleh netizen adakah sepatutnya kumpulan tersebut masuk kembali dalam rancangan Gegar Vaganza.

Semua netizen cakap Elite bagus…

Selain Dato’ Aliff Syukri, adik kepada Linda Rafar iaitu Diana Rafar turut menulis kapsyen yang berbaur ketidakpuasan hati beliau dek kerana Elite terkeluar dari pertandingan itu.

Macam ni best pun boleh terkeluar?

Rata-rata netizen mempunyai berlainan pendapat terhadap persembahan kumpulan Elite kali ini sehingga ada yang ingin kumpulan itu terus beraksi dan sebaliknya.

Suka tengok Elite…

Elite terkeluar, GV kurang seri

All the best Elite!

Meskipun, ada peminat yang merasakan bahawa ketiadaan Elite akan menghilangkan seri Gegar Vaganza namun ada yang berkata bahawa mereka seharusnya tersingkir.

Patut tersingkir, lirik pun tak hafal

Selayaknya keluar lebih awal

Memang dari dulu Elite Tak Boleh Bawa Live

Sumber : aliffsyukriterlajaklaris dan adianarafar15

 

Comments
Loading...