Connect with us

Artis

“Misi Cantik Tapi..” – Shuib Tak Keruan Bila Isteri Tiba-Tiba Masuk Jadi Nurse

Sejak episod pertamanya yang bersiaran pada 25 Januari lalu, rancangan komedi Sepahtu Reunion Live akhirnya telah pun tamat selepas episod ke-20 mereka yang berlangsung pada malam tadi. Saban minggu, pelbagai tema sketsa yang menarik telah diangkat, dan ramai juga artis yang memberanikan diri berlakon bersama Jep, Shuib, Rahim dan Illya sama ada selaku pelakon jemputan mahupun watak cameo yang membuat kejutan dalam setiap penampilan mereka.

BACA: Malu Kan Imej Diana Danielle, Individu ‘Otak Kuning’ Ini Dikecam Ramai!

Bertemakan ‘Esok Belum Tentu Ada’, episod terakhir ini mengetengahkan kisah 2 orang penghidap peny4kit kr0nik di h0spital yang merindui ahli keluarga masing-masing. Antara babak yang paling mencuri tumpuan adalah ketika Shuib yang melakonkan watak seorang Tan Sri sempat mengurat doktor yang merawat mereka, iaitu Dr. Izzati diterajui oleh Ruhainies.

Suka lah tu dapat pegang tangan!

View this post on Instagram

Amboiii. Suka lah dia tu dapat pegang tangan ehhhhh.. #sepahtureunionlive #sepahtureunion2019

A post shared by Sepahtu Reunion Live Official (@sepahtureunionliveofficial) on

Tahu tak apa cita-cita saya doktor?

Namun begitu, pihak produksi telah mencipta kejutan yang tak disangka oleh orang ramai apabila membawa masuk Siti Sarah selaku watak cameo yang menjadi jururawat di h0spital tersebut. Terdahulu, isteri Jep iaitu Sari Yanti juga pernah diundang sebagai watak cameo dalam episod kedua sitkom ini.

“Doktor saya takut sketsa ni sambung kat rumah…” – Jep

Ternyata kehadiran penyanyi lagu ‘Semakin’ itu telah menggamatkan set produksi dan penonton di rumah, lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan Shuib ‘bertubi-tubi’ dalam penampilannya yang singkat itu.

Haritu bukan main gelakkan Jep…time kau pula kelu depan bini ye

Pecah perut gelak…Shuib takut gila

Misi cantik tapi garang…

Mujur waktu Jep dulu tak sangat mengoratnya…ini memang tidur luar ler

Reaksi Siti Sarah selaku cameo dalam episod terakhir ini

Sumber: IG sepahtureunionliveofficial & sitisarahraissuddin

Artis

“Bertuahnya Mereka Datin” – Rebecca Nur Al IsIam Belanja Bibik Travel Ke Paris!

Walaupun selebriti popular Datin Rebecca Nur Al IsIam sudah memperlahankan rentak karier seni dirinya kerana sibuk dengan perniagaan, namun dia kerap berkongsi perkembangan hidupnya di laman sosial untuk tatapan peminat. Antara yang sering mendapat perhatian ramai adalah layanan mesra yang dilakukan oleh Rebecca kepada semua pembantu rumahnya, tak ubah seperti rapat dengan ahli keluarga sendiri.

BACA: Datin Paduka Eina Azman Kongsi Masak Lemak Cili Api, Tapi Blender Jadi Tumpuan

Anjur majlis ilmu sempena pengisIaman salah seorang pembantu rumahnya

Belikan baju raya sedondon tahun ini

Baru-baru ini, Rebecca turut berkongsi foto lama ketika 3 orang pembantu rumahnya bercuti di Paris. Posting ini dibuat selepas mereka ada mengajaknya untuk berkunjung ke ibu kota Perancis itu sekali lagi, namun dia hanya mampu menolak permintaan itu dalam bentuk gurauan.

Saya cakap No.. Kita kena cari duit beli tiket naik ‘belon’ untuk balik raya di Sarawak dulu. Maklumlah kami ramai…

Meskipun memperoleh respon negatif daripada Rebecca, salah seorang daripada geng pembantu rumahnya itu menyambut baik keputusan yang diberikan oleh majikan mereka.

Terima kasih bawa kami sampai 10 negara…kami balas budi jaga anak saja

Pun begitu, para pengikut pelakon berkenaan masih memuji sikap murah hatinya yang melayan pembantu rumah dengan sangat baik.

Bertuahnya bibik…so kena pandai jaga hati Datin, kerja elok-elok

Nak jadi bibik jugak lah…dapat naik belon jalan-jalan

Bestnya mereka…Alhamdulillah dapat majikan macam Datin & Datuk

Sumber: IG rebeccanuralisIamahmad

Continue Reading

Artis

[VIDEO] “Sebak Dengar..” – Harmoni Alif Satar & Raihan Detik Rasa Keinsafan

Meminati kumpulan Raihan sejak berumur 7 tahun lagi, penyanyi, hos dan pelakon Alif Satar tidak menyangka bahawa dia akhirnya berpeluang untuk duet bersama nama besar kumpulan nasyid di Malaysia itu. Menurut Alif menerusi satu portal akhbar sebelum ini, semuanya bermula apabila dia membuat pelawaan spontan kepada mereka ketika pertama kali membuat persembahan duet dengan Raihan dalam rancangan Bintang Minggu Ini pada sekitar Februari lalu.

BACA: Keakraban Hairul Dengan Bapa & Anak Bikin Sebak, Tapi Foto Last Jadi Perhatian!

Selepas pelawaan itu disambut baik oleh kesemua anggota kumpulan tersebut iaitu Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim, sedutan rakaman latihan mereka menyanyikan lagu ‘Sesungguhnya’ pula menjadi viral di laman sosial tidak lama selepas rancangan itu tamat.

Kerjasama antara mereka juga disambut baik oleh pihak syarikat rakaman untuk meneruskan projek ‘Sesungguhnya ‘19’ yang menemui peminat pada hari ini.

Antara sedutan lagu Sesungguhnya’19 – Raihan & Alif Satar

Ternyata gabungan harmoni suara antara mereka sangat merdu dan mendapat banyak reaksi positif dalam kalangan netizen yang telah mendengarkannya.

Thanks Alif…dapat ubat rindu lagu2 alunan Raihan

Sedapnya suara semua…kalau ada Ustaz Nazri lagi mantap ni

Boleh menangis tau bila feel betul2…tahniah Alif & Raihan!

Alif ni bagi apa pun semua dia tapau…sebak dengar

Sumber: BH Online, IG raihaninternational, alifsatar & Twitter dxnial26

Continue Reading

Artis

Kesal Dengan Sikap Dulu, Linda Rafar Mohon Maaf Tapi Dikritik Tidak Ikhlas…

Tahun ini merupakan tahun pertama seisi keluarga anggota kumpulan penyanyi Elite, iaitu Linda Rafar berpuasa di bulan Ramadhan dan beraya tanpa kehadiran ibu mereka di sisi. Pada awal tahun ini, bonda mereka iaitu Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman telah pun menghembuskan nafas terakhir di H0spital Shah Alam gara-gara j4ngkitan kuman. Sejak daripada itu juga, Linda banyak membuat luahan rindu kepada arw4h ibunya itu.

BACA: Insiden Lempang Wanita Di Tengah Jalan, Isteri Suspek Buat Permohonan Maaf…

Al-Fatihah…Rindu mak sangat-sangat

View this post on Instagram

Al-fatihah🤲🏻 Rindu mak sgt2 😭

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Terbaru, Linda mengambil kesempatan sempena kedatangan bulan Ramadhan ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua yang pernah terkesan dengan isu terhadap salah seorang jururawat di pusat perubatan itu yang pernah dikatakan cuai semasa menguruskan arw4h ibunya.

Dalam persidangan terakhir, saya rasa amat marah, dikhi4nati, dihina dan sedih walaupun ibu saya telah meninggaI dunia, buIi siber terhadap saya masih belum berakhir. Hati saya penuh dengan kemarahan. Peguam saya telah menghantar notis kepada ratusan orang yang memfitn4h saya tapi hati saya belum tenang. Ada yang menghantar mesej memohon maaf, maka saya pun maafkanlah kecuali bagi mereka yang sangat melampau kerana saya ingin membersihkan reputasi saya.

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk menyatakan rasa maaf kalau saya ada menyakiti setiap netizen yang pernah memohon maaf kepada saya, dan sebagai balasan saya mahukan kemaafan juga.

Tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah

View this post on Instagram

During my last press conference, i felt angry, betrayed, insulted and sad that my mom's passing did not stop cyber bully against me. My heart was filled by rage. My lawyer sent notices to hundreds of persons defaming me but my heart did not come to a closure.. Some dm me saying sorry.. hence some i forgive but some others went out too much that i cant help but to clear my reputation. In the holy month of Ramadhan, i took this opportunity to say sorry if i ve hurt any of you with or without I forgive every nitizen who ask for my forgiveness and in return i m seeking forgiveness too.. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yg ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah🤲🏻 Allah maha melihat.. segala kebaikkan n keburukkan di catit dan tidak ada satu pon yg akan terlepas pandang.. Dunia sementara akhirat selamanyaa.. satu hari kita akan kembali kepadanyaa..💙 @hafidzahhassan @zetizulkifli @nha_lawfirm

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Posting ini mendapat perhatian sesetengah netizen sebagai salah satu cara untuk menutup salah daripada pihaknya tentang isu tersebut.

Masa fitn4h tunjuk nama…masa buat permohonan maaf nama pun tak sebut

Kenapa nak play vict1m? Semoga Ramadhan ini diberi petunjuk…

Walaubagaimanapun, selebriti dan usahawan ini turut mendapat banyak sokongan positif dan menganggap ini sebahagian daripada ujian yang perlu dihadapi olehnya.

Bangga dengan adikku ini…kita maafkan je pasti ada hikmah

Sedih baca…sebab tau Linda cuma memperjuangkan hak ibu masa tu

Semoga yang baik-baik untuk akak sekeluarga…

Sumber: IG lindarafar

Continue Reading

Trending