Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Macam Faiz Roslan Dah Aku Tengok Fad Ni” – Fad Bocey Berpakaian ‘Badut’ Buat Netizen Terhibur

0 14

Apabila anda melihat seorang badut, sudah tentu anda teringat cara pemakaian serta make up yang dilukis pada muka badut itu sendiri bukan? Mana tidaknya, setiap kali ada majlis yang lebih berkonsepkan ‘hiburan’ itu pasti akan ada beberapa maskot mahupun badut untuk turut bersama bagi menceriakan lagi suasana pada acara tersebut.

Akan tetapi, baru-baru ini menerusi gambar di laman Instagram, kelihatan Fad Bocey berada di set penggambaran telah mengenakan kostum seperti ‘badut’.

BACA : “Tak Kan Hanya Satu Kesilapan…” – Suami Offshore Balik Terus Minta Cerai, Netizen Sebak Dengar Cerita Kakak Ni

Melalui dalam gambar Instagram tersebut, Fad yang memakai rambut palsu berwarna kuning, kepak berbulu dibelakangnya berwarna putih susu dan ber-skirt merah jambu itu telah beraksi seperti seorang ‘pom-pom girl’. Namun, di kapsyen gambar itu, beliau berpakaian sebegitu berkemungkinan akan adanya ‘dia’ secara tidak langsung membuat panggilan di telefon untuk menghubunginya terus.

Sebab tu mommy cakap jangan main2 dengan mommy…

Tambahan pula, kini Fad telah menerima sebanyak 19,273 likes di gambar Instgramnya itu. Rata-rata netizen melihat Fad berkeadaan seperti itu macam persis Faiz Roslan, Sia atau Lady Gaga sahaja.

Ni Faiz Roslan ni

X mau la ada safad lak…

Boleh ganti Sia nie

Kembar Faiz Roslan ke ni

Sumber : fadbocey

 

Comments
Loading...