Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Kesian Laddybos Kena Berendam Dalam Air..” – Kesungguhan Nina Iskandar Berlakon Raih Perhatian Netizen

0 80

Sudah pasti tujuan penonton yang menonton mana-mana tayangan movie adalah untuk menghiburkan diri masing-masing. Lebih-lebih lagi, tayangan movie komedi yang sentiasa membuatkan netizen gelak sakan. Namun, menjadi seorang pelakon dalam sebuah movie itu juga agak merumitkan kerana perlu mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan mesti tekun untuk menghafal skrip yang diberikan oleh pihak produksi. Begitu juga menerusi video laman Instagram, Nina Iskandar, pelakon Cinta Bukan Kristal itu sanggup berendam dalam air sejuk.

BACA : “Tengah Nyenyak Tidur Rasa Ada Tangan Orang Menjalar Dekat…” – Gadis Trauma Tak Sudah, Budak Ni Bikin Netizen Panas

Melalui video tersebut, Nina sepertinya berendam dalam air kolam yang sejuk untuk melakukan sesi penggambaran. Selain Nina yang berada dalam kolam tersebut, beliau juga ditemani oleh seorang pembantu lelaki, Bob, yang berambut panjang. Dia menemani Nina sehingga ke tengah air kolam.

Tambahan pula, di kapsyen status Nina sendiri mengatakan beliau berasa takut berada dalam air kerana sebelum ini rakan sekerja pernah menunjukkan video ‘hantu air’ kepadanya.  Beliau berkata lagi bahawa Bob juga sering menjadi teman jika sesi penggambaran tersebut pada waktu ‘pagi buta’.

In my mind satu je, hantu air…

Rata-rata netizen kagum dengan kegigihan beliau masuk dalam air sejuk pada waktu ‘pagi buta’ untuk sesi lakonan yang seterusnya. Kebanyakkan mereka memberi respon positif seperti kata-kata semangat khas untuknya.

Susah jugak jadi pelakon ni…

Good luck ka nina!

U sacrific*d demi hasil lakonan yang terbaik Nina

So hardworking!

Sumber : ninaiskandar

 

Comments
Loading...