Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[FOTO] “Tak Semua Tahu Pengorbanan Daddy Untuk Kami” – Fad Bocey Kongsi Rumah Impian Isterinya

0 542

Ramai yang kenal pelawak spontan Fad Bocey bukan? Fad Bocey atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Bin Nizam mula dikenali ramai semasa beliau memasuki pertandingan Maharajalawak 2013. Dimata netizen, beliau bersama rakan-rakan iaitu Abam Bocey dan Achey Bocey kelihatan begitu akrab seperti adik-beradik.

BACA: [VIDEO] Sebak! Ebit Lew Pujuk Anak Ini Sehingga Buat Netizen Menangis Teresak

Dulu zaman bujang, semua geng Bocey menampil dengan pakaian biasa-biasa sahaja. Sekarang, apabila mereka ikut haluan masing-masing dan ada yang sudah berumah tangga, kesemuanya makin segak bergaya nampaknya. Fad Bocey salah seorang geng Bocey terlebih dahulu berkahwin dan kini beliau bahagia bersama Nur Syahirah A. Rahman atau lebih manis digelar panggilan Syaheera.

Rezeki mereka juga dikurniakan dua anak kembar iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dan seorang lagi puteri mereka Nur Aminah Mishall.

Terbaru kali ini, Fad Bocey ada berkongsi kegembiraannya di laman Instagram. Beliau memuat naik gambar rumah impian isteri tercinta, Syaheera, dan meluahkan rasa bagaimana mereka berkongsi hasil titik peluh mereka di status gambarnya. Rumah impian yang mereka katakan juga adalah rezeki untuk anak-anak mereka bagi tujuan keselesaan dan harmoni rumah tangga mereka.

Netizen memberikan impak yang positif kepada mereka dengan memberikan komen positif juga.

Moga bertambah murah rezeki kalian !

Alhamdulillah..tercapai impian korang

Alhamdulillah..atas usaha mesti dapat hasil terbaik!

Sumber : fadbocey

Comments
Loading...