Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[FOTO] “Rambut Tu On Point Sangat” – Rambut Mengerbang Anzalna Tepi Tasik Oeshinen, Swiss Dipuji!

0 42

Baru-baru ini, pelakon cantik Anzalna Nasir telah pergi ke Paris bersama suaminya, Muhamad Hanif Mohamad Zaki. Dan kini, mereka sekarang berada di tasik Oeschinen, Switzerland. Pemandangan tasik di Oeschinen itu sangat cantik sehingga ramai yang akan terpegun apabila melihatnya pada pandangan realiti.

Beruntung Anzalna bersama pasangannya dapat menikmati pemandangan yang indah dan cantik itu!

BACA : [VIDEO] “Kena Bijak Main Benda Ni..Takleh Salah Ayat!” – Fizi Ali Bagi Tips Khas Untuk Lelaki Yang Terpaksa Teman Bini Pergi Shopping

Menerusi laman Instagramnya, beliau telah memuat naik gambarnya di tasik Oeschinen. Dalam gambar tersebut, beliau sedang berdiri di tepi tasik sambil menghayunkan rambutnya yang menawan itu. Secara tidak langsung, beliau meletakkan kapsyennya dengan mengatakan bahawa beliau tidak mahu mengalah dengan pemandangan tasik Oeschinen itu.

Background tau cantik, tapi yang depan tu taknak kalah…

Tambahan pula, aksi beliau dalam gambar tersebut telah membuatkan netizen meletakkan bermacam-macam pendapat di komen Instagramnya. Kebanyakkan mereka memuji rambut Anzalna yang cantik dan menawan itu!

That hair fuhhh!!

Yang depan tu gigih nak flip hair

Wow! Pocahontas ke tu?

Orang,rambut or view at the back…

Hati2 takut kena tarik dengan tasik…

Masa itukan emas, luangkan masa itu sebaiknya!

Sumber : anzalnanasir88

Comments
Loading...