Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[FOTO] “Dia Punya Excited Sampai Semua Gambar Yang Sama” – Netizen Nak Zizan Masuk Minang Cepat Sebab…

0 1,036

Sebelum ini Zizan Razak, pelawak terkenal di Malaysia pernah “berebut” dengan Caprice, hanya kerana seorang pelakon wanita terkenal, Mira Filzah. Namun, semuanya berakhir dengan baik. Baru-baru ini, Zizan telah memenangi satu trofi dari Anugerah Bintang Popular BH dalam kategori Artis Komedi Popular.

Beliau tampil dengan berpakaian segak ketika menerima anugerah tersebut!

BACA : [VIDEO] “Betapa Kuatnya Iolls Jerit Dekat Rumah!!” – Zul Ariffin Menang Sampai Dua Dipuji Netizen!

Menerusi gambar-gambar Instagram, Zizan telah memuat naik 10 gambar yang sama bersama Mira. Penampilan beliau sedondon dengan pelakon wanita cantik itu. Warna pakaian mereka berwarna kelabu dan kelihatan manis apabila berganding bersama.

Eh, baju sama ke?

Apapun. menerusi video Instagram juga Zizan mengucapkan terima kasih dengan penghargaan yang beliau peroleh semalam. Tambahan pula, beliau turut mengatakan pencapaian itu semua hasil kerajasama dari semua peminatnya.

Terima kasih sangat kerana support saya, I love you so much!

Rata-rata netizen terhibur dengan beliau kerana 10 gambar yang sama itu. Dan mereka turut mendoakan Zizan dan Mira sehingga naik pelamin.

Kawin jelah jijang.. hahaha

Kalau ada 10 pic, 10 pic lah dia taruk walaupun semua sama..

Banyaknya gambor sama.. adakah ini jodoh?

Tu namanya chemistry hahaha cepat la masuk minang zizang

Cute.. tapi kenapa gambar sama je

Sumber : abpbh31 dan zizanrazak869

Comments
Loading...