Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

[FOTO] “Cantik Elok Je Juna Dok Tahiyat Akhir…” – Netizen Puji Cara Arjuna Anak Fynn Jamal Duduk Tahiyat Akhir

0 14

Kisah tentang Arjuna atau nama sebenar Arjuna Bakti Fitri, anak kepada Fynn Jamal amat menyentuh hati semua rakyat Malaysia bukan? Mana tidaknya, sudah menjadi sejarah buat rakyat Malaysia apabila Fynn Jamal pernah meminta derma daripada semua rakyat prihatin khas untuk anaknya yang pernah sakit pada ketika itu.

Dan kini, Arjuna sudah membesar dengan penuh kasih sayang yang cukup dan Arjuna sekarang berasa gembira disamping keluarga tercintanya.

BACA: [VIDEO] Wow Merdunya! – Bila Wany Hasrita Sahut Cabaran Khai Bahar Dipuji Ramai

Apabila Arjuna semakin membesar, Arjuna dikejutkan pula dengan kehadiran adik perempuannya; Sakti Kencana Fitri atau lebih manja ingin dikenali sebagai Dedek.

Terkini, Fynn Jamal ada memuat naik gambar Arjuna dan Dedek di laman Instagram. Sungguh comel aksi mereka bila melihat dua ekor burung peliharaan Fynn Jamal. Jimmy dan Jenny, itu lah nama burung kesayangan Fynn Jamal. Arjuna masih lagi nak berjinak-jinak dengan dua ekor burung tersebut manakala baby Dedek amat pantang dan suka bila Fynn Jamal datang dekat atau memegang burung tersebut.

Ketika Arjuna ingin melihat dua ekor burung tersebut, Arjuna secara langsungnya duduk seperti duduk tahiyat akhir. Netizen begitu kagum dengan cara duduk yang sopan anak comel ini.

Komen-komen dari netizen juga positif dengan cara duduk tahiyat akhir Arjuna.

Duduk anak soleh, anak syurga duduk

Comelnya Juna duduk! hehehe

Duduk Juna lulus!

Sumber : fynnjamal

Comments
Loading...