Utama Viral Doktor Skandal Dengan Bini Orang, Adik Ipar Tampil Dedah Cerita Sebenar!

Doktor Skandal Dengan Bini Orang, Adik Ipar Tampil Dedah Cerita Sebenar!

Viral satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai doktor di sebuah klinik swasta ditumbuk bertubi-tubi ketika dia sedang bertugas. Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat itu, doktor tersebut bukan saja dipijak malah diterajang individu terbabit yang dikenali sebagai Aiman. Namun, dia bernasib baik apabila seorang wanita tampil menghalang tindakan tersebut daripada terus dikasari.

BACA : Bengang Dihentam Gara-Gara Video ‘Menantu Derhaka’, Isteri Sufi Bagi Warning!

Menerusi beberapa maklumat berhubung insiden itu, doktor berkenaan dibelasah kerana didakwa menjalinkan hubungan  dengan isteri Aiman yang merupakan seorang jururawat. Difahamkan, wanita terbabit telah bermain kayu tiga antara lapan hingga sepuluh bulan sepanjang ketiadaan suaminya yang berkerja di Dubai.

Kredit Foto : mStar

Datang klinik minta MC, nurse melayan

Berdasarkan maklumat, jururawat tersebut telah bertemu dengan doktor berkenaan buat kali pertama untuk mendapatkan medical certificate (MC) di klinik itu. Namun, doktor tersebut dituduh cuba memikat isteri Aiman manakala wanita itu juga dipercayai ‘melayan’ permintaan lelaki tersebut.




Walau bagaimanapun, tindakan mereka akhirnya ‘kantoi’ apabila Aiman telah mengintip isterinya menerusi beberapa rakaman CCTV. Lebih mengejutkan, doktor berkenaan turut bergelar suami orang.

Selalu tuduh bukan-bukan, jealous tak tentu pasal

Dalam pada itu, adik kepada jururawat terbabit tampil mempertahankan kakaknya. Menurutnya, wanita itu seringkali dituduh berlaku selingkuh oleh suaminya sepanjang mereka hidup bersama. Tambahnya lagi, kakaknya sudah bosan dengan sikap suami kerana tidak mempercayainya dan gemar melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Sumber : Twitter , mStar




Artikel Popular