Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

Bila Baca Ayat “Peperiksaan Sedang Berjalan” Buat Netizen Terhibur Tapi Part Budak Baju Hijau Tu Gelak Win!

0 351

Budak-budak zaman sekarang memang mudah terpengaruh dengan aksi lucu yang ditonton oleh mereka. Sehinggakan mereka juga mengikut trending lawak tersebut, hanya untuk menularkan aksi-aksi jenaka mereka ditontoni oleh ramai pihak di Malaysia ini.

Terbaru, menerusi video dari Instagram ini, beberapa pelajar sekolah telah membuat lawak jenaka terhadap ayat Bahasa Melayu di papan tanda itu. Ayat yang berada di papan tanda tersebut adalah “peperiksaan sedang berjalan”.

BACA : [VIDEO] “Asal Gambar Screenshot Tu Nampak Macam Tangan Orang Tua?” – Ini Rupanya Jawapan Untuk Video Viral “Tangan Berhantu” Tu!

Dalam video itu, ada dua orang pelajar sedang “berjalan itik” sambil memegang papan tanda “PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN” itu. Pelajar-pelajar tersebut menjadikan ayat di papan tanda itu sebagai lawak bahan jenaka mereka.

Tambahan pula, menerusi video itu juga, seorang pelajar memakai baju berwarna hijau turut menjadi perhatian netizen kerana cara pelajar tersebut ketawanya menghiburkan!

Rata-rata netizen memberi respon yang positif mahupun negatif di video Instagram tersebut.

Yang gelak tu memang mudah terhibur betul!

Kenapa member baju hijau gelak macam…

Aku gelak sebab laki baju hijau tu gelak

Peperiksaan sedang dijalankan bukan peperiksaan sedang berjalan..

Apa-apa pun yang penting hati kita rasa seronok. Hilang semua stress yang ada dalam kepala ya!

Sumber : kini.viral

Comments
Loading...