Kesihatan

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Sharing is caring!

Kebiasaannya, perempuan memang tak lari daripada sikap mudah menangis. Namun lain pula kisahnya bagi lelaki kerana mereka lebih suka untuk memendam perasaan dan menahan air mata daripada mengalir. ‘Cengeng’ atau ‘gembeng’ adalah gelaran bagi orang yang kuat menangis. Tapi tahukah anda, tangisan sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat dari sudut kesihatan?

BACA: “Sungguh Hati Menangis Pilu, Payah Sangat Ke Terima Kucing?”-Pencinta Haiwan


Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…
Gambar Sekadar Hiasan

Boleh berfungsi sebagai antibiotik semulajadi dan buat seseorang rasa lega

Menerusi entri di Facebook Public Health Malaysia (PHM), air mata mempunyai bahan anti-bakteria dan boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi sambil melembabkan bebola mata yang kering. Selain itu, air mata juga boleh melancarkan ruang pernafasan dan degupan jantung lebih kembali menjadi normal. Tangisan juga boleh merangsang daya ‘parasympathetic’ dan membuat individu yang sedang berduka berasa lega.

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…
Gambar Sekadar Hiasan

Mudah tidur dan buang toksin dalam badan

Seperti yang sering dilihat pada bayi, tangisan boleh membuat seseorang itu rasa mengantuk dan mudah untuk tidur. Selain itu, terdapat 2 jenis bahan yang akan dirembeskan bagi melegakan ketidakselesaan tubuh serta membuat individu tersebut berasa gembira selepas menangis. Ada juga para pengkaji yang percaya bahawa air mata boleh membawa keluar toksin daripada dalam badan.


Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…
Gambar Sekadar Hiasan

Tapi kalau terlalu kerap meraung, itu tanda kemurungan

Akan tetapi, seseorang itu mungkin mengalami kemurungan jika menangis secara tidak terkawal dan sehingga mengganggu aktiviti harian mereka. Oleh itu, individu tersebut hendaklah mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lebih lanjut.

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Sumber: FB Public Health Malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Biarlah Orang Kata ‘Cengeng’ Sekalipun, Menangis Sebenarnya Sihat Sebab…

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram