Erin Sakura
Art is not a luxury, but a necessity.

“Allah Bayaq Cash Bro..” – Netizen Lega Kes Pukul Pekerja Stesen Minyak Berjaya Ditangkap

0 457

Sudah pasti anda pernah mendengar kes pada 6 oktober lalu mengenai seorang pelanggan, Muhammad Nuralif Shaufik Ahmad Fauzi, 25, telah mencederakan seorang pekerja, Muhammad Ridwan Abdullah, 24, di stesen pam minyak Petronas Sungkai, Perak. Dipercayai bahawa isu ‘besar’ bagi Nuralif tersebut kerana pekerja itu tersalah beri minyak RON95. Malah, Nuralif turut bersama dengan sekumpulan geng motor tetapi hanya dia sahaja yang memukul pekerja Petronas itu.

BACA : “RM200K! Semalam… Pergh…” – Neelofa Tayang Bilik Tidur Mewah Bikin Netizen Cemburu Habis

Terbaru menerusi laporan di Instagram, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa Nuralif didakwa hukuman penjara maksimum setahun atau membayar denda sebanyak RM 2,000 atau kedua-duanya sekali. Tambahan pula, menerusi gambar dari laporan tersebut, sekiranya dia, berbaju warna putih, gagal membayar denda tersebut, pihak mahkamah akan mengenakan hukuman penjara terhadapnya selama lima bulan.

Namun, dia telah mengambil keputusan untuk membayar jumlah denda yang ditetapkan. Respon netizen juga berbaur kecaman terhadap Nuralif kerana tindakan yang dikira ‘melampau’ itu.

Fuuu tebang 2k tu…

Bayar la kat mamat yang kau pukul tu…

Padan muka kau, sesuka hati nak hempok anak orang…

Sumber : kosmo

Comments
Loading...